+ f0LL0W3r ku +

++ NUFFNANG ++

Sunday, May 6, 2012

..:: K.A.W.A.N ::..




OLLA BLOGGERS...
weekend ni sangat hectic and bizi. dipenuhi dengan jemputan kawen. pheewww..
semua dah nak kawen and yang paling tak best bila ade soalan. "ayu tu bila lagi?" and buat masa ni aku ade jawapan yang paling selamat. "belajar pon tak habis lagi ni " tapi buat masa ni jelah. 2 bulan akan datang?

takmau lah cerita pasal kawen. bosan. bukan topik aku lagi buat masa ni. now ni aku just nak share happiness aku. sunshine aku. mulut2 kuat gossip aku. dan budak2 yang kadang2 menyakitkan hati jugak. tapi yang pasti aku sayang mereka. KAWAN!

aku memang dari dulu sangat suka buat geng. dari zaman sekolah lagi. tapi selalunya geng ni jadi secara tak sengaja. bukan lah kami pakat2 kata nak sehidup semati bagai. tak ade! kami rapat pon semua secara kebetulan. yang ini rapat dengan ini pastu bawak si itu lepak sekali. lama2 lepak jumpa sangat serasi. maka terjadilah geng. geng dari zaman sekolah ini kami bagi nama.
nama yang sangat sweet. combination nama kami. SYAKIRAHDINAT. Syazah, Kina, Rahmah, Dina and Natrah.


kami sangat camwhore! pergi mana2 pon sure bergambar je kerjanya. ahahah tapi yang tak best nye jarang dapat kumpul ber5. paling ramai pon ber4 jelah.. ntah bila nak ber5 ni. last sekali ber5 masa buka puasa tahun lepas. takkan nak tunggu puasa baru boleh ber5 lagi ni korangg oiii.. -_-"


alamak terkecik pulak. hehe maap! ^_^




k chaww ~

Tuesday, May 1, 2012

..: H.U.B.U.N.G.A.N :..

OLLA BLOGGERSSSS.
last monday dapat hadiah dr my parents..
tq to mak n ayah. busu n maksu.
and all my family yg sgt sweeeetttt.. ^_^
lagi2 baby shah!!


ok now bukan nak cakap pasal hadiah. but. nak cakap pasal HUBUNGAN.
hubungan yang kita ada dalam hidup ni sepatutnya membahagiakan. menenangkan. TAPI!!
tak semua orang bertuah untuk jumpa hubungan macam tu. adakalanya kita perlu menangis dahulu sebelum ketawa.

hubungan ni luas. tak semestinya hubungan dengan gf/bf. boleh jadi hubungan dengan keluarga, roomate, coursemate, schoolmate and macam2 lagi. setiap hubungan itu mesti diuji, mesti ade naik turun tapi apa yang penting adalah cara kita tangani untuk pastikan hubungan tu terus ada. kalau dalam akaun kira macam USAHA BERTERUSAN. lah..
baru2 ni one of my coursemate ade date. setahun tak jumpe bf die. n aku nampak riak bahagia dan gembira di wajah die. excited pon ye jugak. aku tumpang gembira. semoga hubungan mereka sentiasa di berkati Allah. semoga sampai ke jinjang pelamin.

oh. aku gembira sebab sem ni aku banyak memperbaiki dan membina semula banyak hubungan aku dengan orang sekeliling. kalau dulu terlalu sibuk dengan akiviti kolej dan kisah cinta sampai tak de masa nak bermesra dengan coursemate. sekarang lah masanya mengukuhkan silaturrahim yang ade. cinta dah tak ade materialitinya dalam hidup aku buat masa ni. tunggulah razizan razak masuk meminang. hahahha *ok itu poyo -_-"*



aku gembira bila orang sekeliling aku gembira. bila kawan2 aku gembira. dan aku sebagai kawan akan sentiasa cuba untuk ada dengan kawan2 aku bila mereka ada masasalah. aku akan cuba.



ok chaww~

Thursday, April 19, 2012

..:: M.O.O.D.Y ::..

OLLA BLOGGERS

sejak dari pukul 8 tadi aku mencari mood stady tp tak jugak sampai. entah apalah yang mengacau mood aku malam ni. assignment teori individu hanya siap 3 baris je dalam 2jam ni. jadi akhirnya. tutup teori! bukak strategik pula. pon masih sama. tukar pula dengan cukai! juga masih sama!!!!!!


akhirnya adele in royal albert hall aku pasang! konon mencari mood. tapi akhirnya air mata yang sampai. ade dua part yang sedih. 1 masa adele bercerita pasal laura, kawan baik die. die jugak buatkan lagu 'my same' untuk laura. KAWAN BAIK.. sure semua ada kawan baik kan. tapi setiap cerita kita berbeza. aku ade beberapa kawan yang pernah dan masih menjadi kawan baik. kenapa pernah?? biasalah kita manusia. bersifat baharu bak kata Ustaz Don. jadi kita tak lari dari membuat kesilapan. akhirnya terpulang kepada kita macam mana nak hadapi kesilapan itu. ade yang amik langkah pergi dan lupa, ade juga yang mengambil langkah maaf dan lupa. tetapi kawan yang betul2 baik adalah kawan yang sentiasa ada dengan kita dalam baik dan jahat kita. kawan yang sentiasa bersama walaupun kita pernah sakitkan hati dia. kawan yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita berubah. MAAF dan LUPA. dalam berkawan jangan pernah mengharapkan balasan, sebab nanti at the end kita SURE akan kecewa.



and 2 masa die nyanyi someone like you. ingat lagi entry R.I.N.D.U? sambil dengar lagu ini aku dok ingat kat kisah dia dan aku. "never mind i'll find someone like you. i wish nothing but the best for you too. dont forget me. i begged. i remember you say. sometimes it lasts in love but sometimes it hurt insteads". jodoh itu di tangan tuhan kan? apa lah yang nak di sedihkan. sepatutnya saat ni aku dah tak fikir psal die. tapi ending kami tu yang sebenarnya buat aku masih berfikir. tak pernah terfikir dek akal aku akan hadap situasi macam ni. tapi tak apelah. apa sangat lah nak di kenang kan kisah lama kan? MOVE ON beybaaahh!!!


harap2 lepas taip entry ni adalah mood nak stdy tu datang! aku rasa bersalah sangat ni membuang masa!! -_-" dalam pada rasa bersalah ni sempat jugak tapi entry ni and edit2 layout blog. aku ni dah boleh jatuh hukum pancung sampai mat dah ni.. T.T




ok chaww~~


Tuesday, April 17, 2012

..:: K.E.C.E.W.A ::..

OLLA BLOGGERS..

sambil bertemankan nota2 strategic management yang akan bermidsem khamis ini, maggie yg masih berasap tipis dan watie. entry ini ditaip untuk menaikkan kembali semangat dalam diri..

dalam beberapa hari ini, aku diuji dengan beberapa kejadian dan berita yang merentap sedikit semangat ku. cerita pertama sebenarnya adalah kisah lama yang ku sangkakan telah aku lupakan, telah aku redhakan dengan sepenuh hati. tapi aku silap. kehilangan dia masih kurasai ketika orang sekeliling mula bertanyakan kisah dia. cerita pertama ini masih mampu aku tangani kerana masih ade saki baki semangat yang tinggal. belum sempat cerita itu aku lupakan datang kerenah manusia yang mencipta kejadian kedua. hanya kalimah Allah dan ishtifar yang menemani ku ketika itu. kawalan kesabaran ku kian tipis. tapi di depan semua orang aku gagahi juga diri. belum puas berKECEWA dengan dua cerita itu datang pula berita ketiga tadi. semangat ku terbang!!!

aku cuba berfikir dari sudut yang lebih positif. tidak menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri. tidak menuding jari. tidak terlalu gopoh melangkah. aku cuba juga menasihati hati supaya lebih redha dan ikhlas. Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. sebaik mana pon perancangan manusia sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya dan tidak mungkin dia akan menguji HambaNya itu di luar kemampuan mereka.

aku pasti setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. aku perlu belajar lebih redha dan merendah diri. perlu sentiasa ingat. dan ketika ini. terasa sangat memerlukan seseorang untuk mendengar bebelan bodoh aku. tapi. hanya pada watie mampu ku luahkan segalanya.

sudahlah dengan permainan dunia. nota2 dan mula berterbangan mintak di baca. good luck pada semua yang midsem..! ^_^



++ Cik Watie ++

ok chaw~~


Sunday, April 15, 2012

..:: S.Y.U.K.U.R ::..



OLLA BLOGGERS...

di pagi ahad yg sejuk beku ni tatkala baju siap disidai.
bertemankan segelas milo panas dan kek strawbery buatan ibu.
aku menghadap nota2 kuliah, bahan2 asaimen.
tapi hati terasa walang.
hati terasa kurang tenteram.
rindu pada ibu dan ayah yg baru semalam ditinggalkan.

pagi ini entah mengapa, aku rasa sangat bersyukur dengan apa yg aku ada.
biar aku tak semewah yang lain,
biar aku tak sesenang yang lain,
tapi aku pasti! aku ada sesuatu yang mereka tiada.

kadang2 aku perlu teman untuk berbicara.
berkongsi rasa hati tanpa ragu2.
berkongi masalah tanpa perlu di nilai.
tapi teman itu belum jua kutemui.
owh! ada sebenarnya.
kina dan dina.
tapi dengan mereka aku masih tidak mampu meluahkan 100% apa yg kurasa.
tapi hanya dengan mereka aku selesa berbicara kini.

pada penghujung pengajian ini baru ku rasa nikmat menuntut ilmu.
nikmat bertapa di library.
sepanjang satu minggu dirumah.
aku merindui library! ya library..!
lawakkk.! tapi itu lah hakikatnya.
jadi sampai je di bumi UKM semalam,
library adalah tempat pertama yg aku pergi.

harapanku kini,
semoga aku ikhlas dalam usaha ku menuntut ilmu sem ini.
semoga aku tabah menghadapi ujianNya.
semoga tiada lagi anasir2 yang mampu menggoyahkan kekuatan ku.
gambate..!! caiyookk.!




~ok chaw~

p/s:: untuk terapi jiwa, rajin2 ah follow twitter @DrAnwarFazal.